Tuesday, March 29, 2016

Kerano Duit Badan Binaso...

Assalammualaikum...

Lamak ado jak dah aku sik "update" blog tuk...Kali tuk aku akan nulis di blog tuk make bahaso ibunda ku mpun jak...Ncobo beh...Mano-mano yang sik paham apo yang aku tulis tuk bolehlah pake "google translate" untuk molah penterjemahan...hahaha...

Kinek tuk heboh jak mengenai duak keluargo yang bertumbok garo-garo hantaran limak belas ribu yo...Aku sikdolah nak masok campur hai tuk pun sebab bagi aku kesah sebenar hanya bakal pengantin mpuan dan laki yang sik jadi yo ajak tauk...Tapi yang aku nak tulis ialah mengenai wang hantaran tinggi yang seolah-olah dah menjadi "trend" kinek tuk...Maok majlis yang hebat-hebat kato ey tapi akhirnyo dirik empun yang sengsaro nanggong utang pinjaman yang telah dipolah untuk menyukupkan hantaran...

Perkahwinan sebenarnye amat mudah...Perkahwinan menurut Islam sik nyusah hamba Allah pun sebenarnye...Tapi manusio yang salu nak nyusah dirik empun...Mun bagi aku nikah dan molah majlis ekot kemampuan jak dah cukup...Sik perlu nak molah hebat-hebat mun sik ado bajet...Mun ado bajet yo lain citolah nak...Apo yang penting ialah yang wajib...Jangan kerano wang hantaran yang dimintak terlalu tinggi, ado yang dah nak nikah alu sik jadi nikah...Ado yang dah bertunang alu putus dan macam-macam agik...

Mak bapak terutama mak bapak mpuan pun janganlah mintak hantaran yang terlalu tinggi sampe membebankan pihak laki...Terimalah seadonye brapo yang pihak laki berik...Mun banyak, polah majlis besar...Mun ikit, polah kecik ajak...Janganlah sampe nantu berutang besar panjang semato-mato nak memenuhi permintaan yo...Malah yang lebih bahayo mun minjam ngan along...Dah nikah kan anak nantu kito empun juak yang sengsaro...

Janganlah sampe orang madah mak bapak njuai anak dengan ngengkah atau mintak wang hantaran yang terlampau tinggi...Mintaklah berpatutan dan bersesuaian dengan kemampuan pihak laki...Yang penting ialah kehidupan anak selepas berkahwin yo agar anak dapat hidup seleso dan bukan berutang sampe sepanjang hayat demi untuk memastikan majlis nikah tek paling "grand" di abad tuk...

Diharapkan janganlah kerano wang hantaran ado agik kes bertumbok macam tuk...Bernikah merupakan ikatan yang amat suci...Janganlah dihancurkan hanya kerana wang ringgit walaupun kito tauk jodoh yo di tangan Allah...Tapi sekurang-kurangnye kito perlu usaha yang terbaik untuk memastikan perkaro macam tuk sik jadi agik di maso yang akan datang...

Sekian ajak aku ngepak kali tuk...Segalo yang bait datang daripada Allah dan segalo yang kurang dan jaik adolah datang dari kelemahan aku mpun...Wassalam...

Monday, December 28, 2015

Manusia dan Masalah...

Assalammualaikum...

Kehidupan kita sebagai manusia tidak akan pernah lari daripada masalah tidak kira siapapun kita...Miskin, kaya atau sederhana kehidupan kita, kita pasti mempunyai masalah tetapi dalam kapasiti yang berbeza...

Orang kaya masalah mereka mungkin ialah macam mana caranya mereka nak tambah kekayaan atau mungkin masalah macam mana nak pastikan kekayaan mereka tidak diambil oleh orang lain...Maklum sahaja untuk menjadi kaya bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan usaha yg bukan sedikit...

Orang miskin pula sudah pasti masalah utama mereka ialah bagaimana untuk mendapatkan duit bagi meneruskan kesinambungan hidup...Ditambah pula dengan harga barangan yang semakin hari semakin mahal, pasti menyukarkan lagi golongan mereka yang tidak mampu ini...

Setiap masalah yang berlaku di dalam kehidupan kita sama ada kecil ataupun besar, semuanya adalah ujian Allah untuk menguji setebal mana keimanan kita kepada-Nya...Allah tidak akan pernah menguji manusia dengan ujian yang manusia tidak mampu hadapi...Setiap ujian yang Allah turunkan sesuai dengan kemampuan kita untuk kita hadapi dan terpulang pada kebijaksanaan kita untuk mengatasinya...

Apa yang penting sentiasa ingat bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang kita tidak ketahui...Jangan pernah mengeluh saat kita diuji oleh Yang Maha Kuasa...Gunakan otak yang dikurniakan oleh-Nya untuk mencari jalan penyelesaian dan insya Allah kita pasti akan dapat melalui setiap masalah dengan tenang...

Wassalam...

Friday, September 11, 2015

Hargailah Insan Di Sekelilingmu...

Assalammualaikum...

12 September 2015, tahap jerebu di Kota Samarahan tempat kelahiran diri ini masih lagi di tahap tidak sihat...Dengan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) hampir 200, pastinya boleh menyesakkan dada di samping membataskan tahap penglihatan ini...

Namun apa yang saya hendak coretkan pada kali ini sebenarnya tiada kaitan pun dengan jerebu...Sengaja intro lari sedikit dari tajuk untuk menambahkan unsur pemanjangan penulisan ini...hihihi...Hakikatnya apa yang saya hendak tulis kali ini adalah mengenai adakah kita menghargai setiap insan yang berada di sekeliling kita ataupun kita tidak ambil peduli pun tentang mereka, asalkan kita bahagia...???

Keluarga, sahabat dan rakan memainkan peranan yang penting dalam membentuk siapa diri kita...Memang kita sendiri yang membuat keputusan untuk menjadi siapa diri kita kini tetapi jika tidak banyak sekalipun, walaupun sedikit, kita ada dipengaruhi oleh mereka yang rapat dengan kita...

Contohnya anak seorang pemain bola sepak cenderung untuk memilih menjadi pemain bolasepak juga kerana dipengaruhi oleh persekitaran yang sebegitu...Sejak kecil beliau melihat ayahnya bermain bolasepak, akhirnya mencambahkan minat dalam dirinya untuk menyukai sukan tersebut...Kita mungkin akan dipengaruhi oleh siapa yang berada di sekeliling kita...

Mereka ini hakikatnya amat penting di dalam kehidupan kita...Setiap detik bersama mereka haruslah digunakan dengan sebaik yang mungkin...Jangan membuang masa untuk membenci kerana kita tidak akan tahu bila Malaikat Izrail akan datang untuk menjemput kita "pulang"...Sayangilah setiap mereka yang berada di sekeliling kita dan bantulah setakat yang kita mampu andai mereka menghadapi kesusahan...Tegurlah saat mereka melakukan kesalahan tetapi jangan sesekali membuka aib mereka...Tegurlah dengan bijaksana...Biar mereka tahu yang kita menyayangi mereka...

Jangan nanti apabila kita sudah kehilangan mereka, barulah kita hendak menyesal...Ketika itu andai kita menangis air mata darah sekalipun, sudah tiada gunanya lagi...Gunakan kesempatan yang diberi sebaik mungkin dan jangan pernah disiakan peluang bersama begitu sahaja atau kita mungkin akan menyesal di kemudian hari...

Sekian dulu coretan saya kali ini...Insya Allah panjang umur kita berjumpa lagi...

Monday, August 31, 2015

Salam Kemerdekaan...

Assalammualaikum...

Alhamdullillah...Syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya kita masih bernafas dan diberi kesempatan untuk menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-58...Jika umur manusia, 58 tahun boleh dikategorikan sebagai veteran dan dipenuhi pengalaman namun bagi sebuah negara, 58 tahun masih dikira terlalu muda...Masih banyak yang perlu dipelajari dalam usaha menjadi sebuah negara yang hebat dan disegani oleh negara-negara lain di dunia...

Namun persoalannya ialah apakah kita faham dan mengerti hakikat sebenar sebuah kemerdekaan...???Apakah pengertian kemerdekaan bagi kita hanyalah bebas dari cengkaman penjajah semata-mata...???Atau terdapat aspek-aspek lain yang perlu kita pertimbangkan dalam kita mengetahui hakikat sebenar sebuah kemerdekaan...???

Kebebasan atau kemerdekaan sebenar ialah kita bebas bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga bebas daripada jajahan minda oleh anasir-anasir yang tidak elok yang cuba menjajah pemikiran kita...Walaupun mungkin tubuh badan kita bebas tetapi masih banyak golongan di dalam masyarakat kita yang mindanya masih terjajah oleh idelogi barat yang sememangnya sentiasa mencari cara meracuni minda masyarakat kita...

Jika hendak dihuraikan satu-persatu, terlalu banyak yang hendak diceritakan...Apa yang penting sentiasa meletakkan agama di tempat utama sebelum kita melakukan sesuatu...Jadikan agama kita sebagai panduan agar kita tidak tersasar daripada landasan kehidupan yang sentiasa berliku dengan pelbagai dugaan dan cabaran...Jika kita sentiasa menjadi hamba-Nya yang taat, insya Allah itulah kemerdekaan yang sebenar yang akan menjadikan kita bebas dan merdeka bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak...

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan buat semua warga Malaysia...

Wassalam...

Thursday, August 20, 2015

Guna Kebijaksanaan Dengan Bijak...

Assalammualaikum...

Bunyi tajuk kali ini macam pelik pun ada..."Guna Kebijaksanaan Dengan Bijak", memang pelik bin ajaib sedikit bunyinya...

Manusia yang dilahirkan dengan memiliki kebijaksanaan yang lebih daripada orang lain sememangnya ramai di dunia ini...Mereka dilahirkan dengan pemikiran yang lebih tajam dan mempunyai minda yang lebih baik jika dibandingkan dengan yang lain...

Namun begitu, tidak ramai yang boleh menggunakan kebijaksanaan yang dikurniakan Allah dengan bijak...Malahan ada yang menyalahgunakan kebijaksanaan mereka ke jalan yang tidak elok...Contohnya bijak dalam mengatur pelan untuk melakukan rompakan, bijak melakukan penipuan dan bijak mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain...Semua itu merupakan ciri-ciri kebijaksanaan manusia tetapi digunakan dengan cara yang salah...

Seharusnya, kurniaan akal yang bijak digunakan sebaik yang mungkin untuk manfaat bukan sahaja diri sendiri tetapi juga untuk manfaat dan kebaikan manusia sejagat...Contohnya mereka yang bijak dalam bidang perubatan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menghasilkan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit yang dewasa ini sudah semakin banyak dan semakin berbahaya...Bagi yang bijak di dalam bidang lain pula mereka boleh menggunakan kepandaian mereka dengan cara yang betul...

Hargailah kebolehan yang ada pada diri dan gunakanlah ia dengan sebaik yang mungkin...Jangan sia-siakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya itu dan jangan sesekali disalah gunakan...Kelak kita sendiri juga yang menyesal...

Manusia Dan Duit...

Assalammualaikum...

Di dalam hidup kita seharian, ada persamaan keinginan iaitu untuk mencari harta sebanyak yang mungkin masa masih terdaya...Namun bukan semua begitu, ada juga yang mencari harta untuk meneruskan kesinambungan hidup semata dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada...

Ada jua yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana tiada kemampuan untuk mencari harta yang banyak dan tak kurang jua yang mengharapkan ihsan daripada insan lain untuk meneruskan kehidupan...

Ada yang sebenarnya mempunyai sumber kewangan yang kukuh, yang mampu untuk menanggung kehidupan seharian tetapi memilih untuk berhutang sana-sini...Mengapa perkara ini terjadi...???Semuanya kerana terlalu mengikutkan kata hati yang memilih untuk berbelanja melebihi kemampuan dan hidup mewah serta boros berbelanja untuk sesuatu yang hakikatnya langsung tidak perlu...

Sebagai contoh barangan seperti telefon pintar...Ada yang sanggup berhutang dan mengikat perut semata-mata untuk memiliki telefon pintar yang lebih canggih dan mahal harganya walaupun sebenarnya dirinya sudahpun memiliki sebuah telefon pintar...Bagi mereka asalkan dapat bergaya dengan telefon mahal walaupun terpaksa berhutang, tidak menjadi masalah walaupun terpaksa berhutang untuk jangka masa yang lama...

Seharusnya sebagai hamba Allah yang diberikan oleh-Nya akal fikiran, kita harus tahu dan bijak untuk membahagikan antara keperluan dan keinginan...Utamakan keperluan terlebih dahulu sebelum kita membeli barangan yang bukan keperluan tetapi kita inginkan...Andai ada lebih duit selepas kita membeli barangan keperluan, barulah kita membeli barangan keinginan atau kemewahan agar kita tidak perlu berhutang atas sebab-sebab yang tidak perlu...

Bukanlah maksudnya kita tidak boleh berhutang kerana dalam kehidupan dewasa ini yang barangan semuanya mahal belaka, pasti ada yang terpaksa berhutang untuk memiliki sesuatu, contohnya untuk membeli rumah atau kereta yang sememangnya suatu keperluan untuk berlindung dan bergerak...Akan tetapi biarlah untuk sesuatu yang penting dan bukanlah berhutang hanya untuk menunjukkan yang hidup kita mewah walaupun hakikat sebenar adalah sebaliknya...Jangan sesekali hidup dengan falsafah biar papa asal bergaya kerana ianya boleh memakan diri...

Apa yang penting, sentiasa bijak menguruskan soal kewangan agar kita tidak perlu untuk hidup dalam kesempitan hidup akibat keborosan kita atas sesuatu yang tidak perlu...

Wassalam...

Monday, August 10, 2015

Bila Bosan Melanda Diri...

Assalammualaikum...

Nampak gaya dah berdebu blog ni akibat terlalu lama tak di update...hihihi...Sebenarnya bukanlah kerana terlampau sibuk tetapi idea untuk update blog ni tiada di samping kemalasan diri untuk menulis yang sering melanda diri saat ada kelapangan...hihihi...

Malam ini walaupun tiada idea tetapi dikuatkan juga kemahuan diri untuk menulis setakat yang mampu...Akibat terlalu lama tidak menulis,nampak gaya kebanyakan ayat yang keluar hanyalah merapu dan tiada sebarang makna...hihihi...

Rasanya itu sahaja yang dapat ditulis setakat ini...Insya Allah di lain kesempatan saya akan meneruskan kemerapuan (penyalahgunaan bahasa yang jelas lagi terang...hahaha...) saya di blog ini dan semoga idea yang bakal datang nanti umpama coklat yang mencurah-curah jatuh ke ladang gandum dan sawah padi yang hijau umpama lampu isyarat di hadapan pintu masuk Unimas Kampus Barat...Insya Allah...

Wassalam...